PROSEDUR KERJA UKUR ARAS
Tarikh : 13 Ogos 2012 / 24 Ramadhan 1433H (Isnin)
Masa : 0800 - 0900
Lokasi : Taman Waja Diri (Tapak Perkhemahan), SMK Seri Aman
Bergambar bersama alat ukur aras sebelum melaksanakan kerja amali ukur aras dan berperang dengan nyamuk.
|
Razmi sedang memasang dan memeriksa alat laras jongket pada kaki tiga sebelum turun ke tapak perkhemahan.
|
Kerja ukur aras dimulakan dengan menandakan jarak antara titik staf dengan memacakkan tiang penanda. Pita ukur digunakan untuk mendapatkan jarak yang sesuai.
|
Kerja-kerja menanda titik staf telah selesai. Pelajar sedang memastikan tiada halangan semasa memfokus alat laras jongket dan membaca staf ukur aras.
|
Menetapkan kedudukan alat laras jongket dan kaki tiga pada bumi. Ladung yang digantung di bawah alat laras jongket digunakan untuk memusatkan alat laras pada titik stesen ukur.
|
Melaraskan tiub gelembung udara menggunakan mekanisme pengaras supaya alat laras jongket boleh diputar 360 darjah pada satah mendatar.
|
![]() |
Kedudukan gelembung udara setelah dilaras dengan tepat. Kerja yang amat rumit tetapi sangat penting.
|
Syafiq sedang memfokus dan cuba mendapatkan bacaan staff dengan melaraskan skru pemfokus teropong.
|
Fatin dan Seri sedang melaraskan gelembung staf supaya staf ukur aras tegak dan dapat dibaca menggunakan teropong alat laras jongket.
|
Fitri sedang membaca ketinggian staf ukur aras dengan menggunakan alat laras jongket. Korang dah tinggi... patutnya kaki tiga tu korang laraskan tinggi sikit.
|
Nabilah sedang merekodkan bacaan staf dan maklumat yang diperolehi ke dalam buku kerja luar.
|
No comments:
Post a Comment