AKTIVITI PANITIA

Kursus Pemasangan Litar Kawalan Elektrik
Tarikh : 04 April 2009
Tempat : SMK Taman Universiti, Skudai


Kursus ni diadakan sebagai persediaan Karnival Mata Pelajaran Teknik & Vokasional peringkat Negeri Johor nanti. First time aku masuk sekolah ni... masa ni hari kokurikulum ( Sabtu ) . Aku datang lewat sikit pasal pagi2 sebelum ke kursus ni dpt on-call dari sekolah. Nasib baik kelas baru nak bermula. Dan first time la jugak aku pegang dan tahu fungsi sebenar contactor, overload relay, push button, pilot lamp, circuit breaker, timer relay dan mcm2 lagi. Sbb tulah aku suka ngajo subjek ni, byk benda2 baru yg aku boleh belajar. Selama ni aku ajor budak2 pakai teori jer. Tapi kali ni aku dah ada bahannya, senang sikit nak ajar. Walaupun komponen tu semua sebenarnya dah old pattern...

Gambar kiri:
Pandangan dari luar Makmal Teknologi Kejuruteraan SMK Taman Universiti, Skudai. Tempat kursus dijalankan.
Gambar kanan:
Tenaga pengajar : En. Jamil, dia kira mcm Otai Teknologi Kejuruteraan & Rekacipta la. Kalau jumpa dgn dia kena cium tangan beb... ambik berkat.
Tapi skrg ni En. Jamil dah jadik pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. Ketiadaan beliau semasa kursus TKJ sejak akhir-akhir ini amat-amat dirasakan.
Kat bwh ni gambar litar yg dah siap. Papan lukisan tu aku minta Panitia Pendidikan Seni Visual. Kalau guna plywood, tebal dan keras sgt.
Gambar kiri:
Litar yg aku pasang sendiri kat rumah selepas melalui beberapa perubahan. Cable merah : life & cable kuning : neutral.
Gambar kanan:
Untuk pertandingan aku ada modified lagi sikit. Tapi litar ni bdk yg pasang masa latihan. Tu yg nampak serabai sikit. Kedudukan timer relay dah berubah, push button aku buang satu dan setiap komponen aku letak wire connector supaya senang nak pasang. Cable merah : main circuit & cable kuning : control circuit.
Cara kerja litar ni macam ni:
1 - Lampu 1 dihidupkan dengan arus pegang.2 - Lampu 2 hanya boleh dihidupkan selepas Lampu 1 dihidupkan.3 - Lampu 3 hidup secara automatik selepas 20 saat Lampu 2 dihidupkan.4 - Butang kecemasan ditekan semua lampu padam.5 - Lampu pandu hijau menunjukkan Lampu 1 dihidupkan.6 - Lampu pandu merah menunjukkan Lampu 1 dimatikan.Pening jugak masa mula2 nak set-up litar ni. Ada la trip 2 3 kali masa mula2 pasang. Terkena renjatan pun ada gak. Sengal gak tangan.
_______________________________________________________________________________
Karnival Pendidikan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional 2009 Peringkat Negeri Johor : Pertandingan Memasang Litar Kawalan Elektrik
Tarikh : 29 - 30 Jun 2009
Tempat : SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian



Macam tak percaya... SMK Seri Aman dipilih untuk wakil Daerah Kota Tinggi. Maklumlah... Daerah Kota Tinggi ni cuma ada 2 sekolah jer bukak opsyen Teknologi Kejuruteraan ni iaitu SMK Seri Aman & SMK Linggiu. Memandangkan aku ni JKD Teknologi Kejuruteraan untuk daerah Kota Tinggi, so PPD Kota Tinggi pun pilih le sekolah aku untuk wakil daerah. Peserta yg aku pilih ialah Haziqah ngan Nabilla pasal aku dapat rasakan budak 2 org ni boleh kerja "under pressure". Tu pun lepas aku buat pre-test dan post mortem daripada 8 org calon. Mula2 susah gak nak train diorg yg sengal ni. Tapi ntah mcm mana aku dpt idea bagi diorg mkn chewing gum masa latihan. Sampailah ke hari pertandingan pun mengunyah benda tu. Hakim ada tegur gak tapi diorg jawab cara berhemah lah. Hasilnya diorg cool dan lebih selamba masa pertandingan. Gambar : Litar yang diorg siap pasang dan berfungsi, masa pertandingan 3 jam. Diorg siap pasang 1 jam 33 minit.

Yg ni ialah suasana masa training kat rumah aku untuk kali yang kedua. Sebelum kitaorg gi Pontian esok harinya. Kat sekolah tak sempat nak buat pasal masa ni diorg tgh periksa pertengahan tahun. Jadik aku terpaksa le buat latihan kat rumah. Rumah bersepah tu biasalah... Sampai sekarang ni pun masih ada lagi sisa wire cable diorang terselit kat celah lantai. Masa ni diorg tgh buat latihan sendiri2. Hafal kedudukan komponen dan sambungan litar sambil nguyah chewing gum lah. Masing-masing dpt siapkan dalam masa 1 jam 45 minit. ( Cepat tuh.... masa pertandingan nanti 3 jam wei... ) Dan litar pun boleh berfungsi tanpa sebarang masalah. Tak sia-sia aku pilih diaorang.
Ni masa nak mula pertandingan. Walaupun diorang tgh stress tp muka serious dan tak nampak gabra. Pasal aku yakin diorg dah dapat latihan secukupnya. Mesti confident gila... Tunggu masa nak start je. Dah tak sabar lagi nak mula. Masa ni aku tegur diorg pun diorag tak layan.
Sebenarnya... masa ari tu, Sekolah aku je yang anto peserta perempuan. Sekolah lain semua anto peserta lelaki. Sekolah aku bukan takde budak lelaki... tapi saje nak buat kelainan sikit. Biasanya hero je yang menang kan, kali ni aku nak bagi heroin pulak yang menang.


Suasana semasa pertandingan tengah berlangsung. Masing-masing tgh tekun memasang litar. Hakim plak sibuk pantau keadaan peserta. Bukan apa, bahaya... takut ada yg terkena renjatan elektrik.
Ada 9 sekolah yang masuk pertandingan ni. Mewakili 8 buah daerah. SBP Mersing tak anto penyertaan. Ada masalah teknikal katanya. Kalau tak tentu
 sekolah aku tak dapat nombor.
Aku pulak dilantik jadi hakim 
"bidan terjun" masa tu. Ada la chance aku blh jeling-jeling bdk aku sikit-sikit. Advantage... eleh... cikgu sekolah lain pun sama gak.










Ni gambar AJK dan para hakim yg terlibat dlm pertandingan ni. Kak Roswati - ketua hakim (duduk) tgh sibuk kira markah. Kitaorg plak sibuk tak sempat-sempat nak bergambar. Sebelah aku tu Alifah anak aku. Isteri aku pun ada ikut gak... Tapi dia takde dlm ini gambar psl, dialah yg tukang amik gambar ni...






Sebelum balik ke Kota Tinggi... sempat lagi posing kat Dewan SMK Dato' Penggawa Barat. Bukti diorg dah pernah sampai sini.
Wah... jauhnya perjalanan nak balik nanti.. tp takpelah, terubat juga kepenatan apabila ada hasilnya... Alhamdullilah... Diorg dpt tempat ke-3. Dalam perjalanan balik, dlm kereta aku... diorg senyum lebar sampai ke rumah masing-masing. Aku satu family pun tumpang senyum gak.


Diantara sekolah yang turut serta pertandingan ni:

SMK Tmn Universiti - Johor Bahru 1
SMK Kempas - Johor Bahru 2
SMKA Johor Jaya - Pasir Gudang
SMK Sains Johor - KluangSMK Tmn Puteri - KulaiSMK Bt 34 - PontianSMK Sg Abong - MuarSMK Gemereh - SegamatSMK Seri Aman - Kota TinggiKeputusan Pertandingan:
Tempat Pertama : SMKA Johor Jaya - Pasir Gudang
Tempat Kedua : SM Sains Johor - Kluang
Tempat Ketiga : SMK Seri Aman - Kota Tinggi


_______________________________________________________________________________
Karnival Sains & Teknologi Peringkat Daerah Kota Tinggi 2009Tarikh : 24 & 25 Jun 2009
Tempat : SMK Seri Aman, Kota Tinggi


SMK Seri Aman jadi tuan rumah dari 24 sampai 25 Jun 2009. Aku pulak kena handle Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Menengah Atas dan Menengah Bawah. Gambar masa sesi latihan je aku dapat ambil. Masa pertandingan sebenar bateri kamera aku kong la pulak.
Pelancar Roket tu aku sendiri yg design. Tak la secanggih mana. Tapi function dia sama mcm yg dijual kat pasaran. Boleh buat sudut 45 hingga 90 degree. Yg penting boleh launch roket. Bawah ni senarai nama pelajar yang aku pilih untuk pertandingan ni.

Menengah Atas:
Amirul (4B) & Afiq (4B)
Menengah Bawah:
Rizuan (3B) & Azfar (3B)
Keputusan:
Menengah Atas - tempat ketiga,
Menengah Bawah - tiada tempat... huhuhu...

Yang ni pulak projek Panitia Teknologi Kejuruteraan masa Karnival ni berlangsung. Kelab lain semua berniaga... takkan aku nak sia-sia peluang 2 hari tu. So aku pun plan dengan budak-budak TKJ buat Car Wash kat depan Makmal Teknologi Kejuruteraan. Kebetulan masa tu garaj diaorg dah siap. So aku pun gunakan kesempatan tu utk berniaga. Berbekalkan modal sorang dlm RM5.00 x 6 org = RM30.00, aku belikan bahan dan alat cuci kereta yang paling murah. Water jet pinjam member, air masuk bil sekolah... hehehe... Vacumm cleaner pakai Makmal TKJ punya. Manila kad utk iklan mintak pejabat. Kereta aku dpt basuh free... kereta ckg lain kena charge RM6.00. Motor RM3.00. Bolehlah... saje nak bagi budak-budak ni seronok. Ada peluang aku buat lagi. Gambar : Kereta GPK Ko-ko SMK Seri Aman sedang dibasuh, amacam kilat tak? Kat belakang tu pulak kereta bersusun tunggu giliran utk dibasuh.Dpt la untung sikit aku bagi sama rata ngan diorg. Sekolah ngan Koperasi pun aku ada bagi sumbangan sikit... tak lupa punya.

Kat sebelah ni ialah gambar pelajar aku yang terlibat untuk projek Car Wash : dari kiri ke kanan - Isnie (Ketua), Hairin, Nazri, Firdaus, Allahyarham Syahmi dan Ibrahim. Lepas ni aku plan nak bukak kelab Car Wash lah. Barulah boleh masyuk...



_______________________________________________________________________________
Pameran Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan 2009
Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : Makmal Teknologi Kejuruteraan, SMK Seri Aman, Kota Tinggi

Program ni aku buat pada tarikh yang sama dengan Hari Terbuka. Dulu masa tahun 2005 aku pernah buat benda ni jugak. Tapi aku tak buat masa terbuka, aku buat masa Pameran Kerjaya.
Untuk tahun ni aku jadik
guru kelas 5B ( Sains Kejuruteraan ). Memandangkan mcm tahun-tahun sudah, penjaga yg datang masa Hari Terbuka ni biasanya bosan tunggu turn nak berbincang dgn guru kelas psl kerenah dan masalah anak diorg. Jadi, untuk kurangkan kebosanan penjaga diorg masa tu nanti, aku ngan budak2 TKJ buat planning utk buat pameran masa tu.
Selain itu, dgn program mcm ni jugak aku dapat latih budak2 aku bercakap, ingat balik apa yang diorg dah belajar dan bina keyakinan diri dgn bagitau penjaga diorg apa yg diorg belajar masa kat sekolah. Biar diorg rasa bangga sikit ambil subjek Teknologi Kejuruteraan ni. Agaknya lah... ke... aku sendiri yang lebih. Hehehehe...


Persiapan sebelum pameran ( 20/06/2009 )

Gambar Kiri:
Model rumah ni aku yg buat. Tapi utk bahagian hiasan yg aku malas buat aku sub kat budak2 jer. Yg baju hijau tu takde gunting, terpaksa gunakan 2 jari utk ganti gunting. Hebat kan!
Gambar Kanan:
Eh... diorg jual serbuk asam ke... buat kuih. Tak diorg ni kena buat pameran bahagian kerja ayakan tanah. Yg tampal kat plywood putih tu ialah hasil ayakan sample tanah diorg ikut saiz kuminnya.


Gambar Kiri:
Tak kira lelaki ke perempuan... semua kena pegang alat gegas ni. Kena tau nama, fungsi dan cara gunanya sekali. Tapi aku rasa diorg ni tak ingat semua nama alat tangan tu... sbb tulah aku buat pameran ni.
Gambar Kanan:
Yg ni bukan makcik kantin aaa... Diorg ni AJK Makanan & Minuman. Masa ni dah dekat masa berehat. So diaorg prepare apa yg patut.

 
Gambar Kiri:
Masing-masing tunggu giliran nak ambik bekalan makanan. Ke... tunggu giliran nak pegi kencing... kui kui kui
Gambar Kanan:
8 orang GGS ( Geng Gossip Sekolah ) siap sedia untuk membaham... mesti ada yg terlupa baca doa makan. Dan kehebatan group diaorg ni ialah mkn dgn gunakan 2 jari sahaja... Korang faham maksud aku kan!
  
Suasana semasa pameran ( 27/08/2009 )

Gambar Kiri:
Err... boleh saya tumpang bertanya, mana arah kiblat rumah ni?
Gambar Kanan:
Asik dia jer yg cakap dari tadi... tadi kata nak gilir2 cakap. Eiii... geramnya.


Gambar Kiri:
Wahh.... Kalau pakcik nak amik lesen bawak back-hoe kat sini boleh tak?
Gambar Kanan:
Ingat! Ayak tepung ni mak kau bagi pinjam je tau! Lepas pameran ni jgn lupa bwk balik.



Gambar Kiri:
Kan pakcik dah kata, kira sampai 6 baru nyalakan lampunya. Ni baru 5. Kau ni tak sabarlah.
Gambar Kanan:
Sapa nak gunting rambut... mari le sini... kitaorg botakkan!!!



Gambar Kiri:
Pelajar kelas lain pun ada yg dtg tengok pameran kitaorg. Masa ni Shahkina sedang bertungkus lumus memberi penerangan pasal litar kawalan elektrik.
Gambar Kanan:
Agak keadaan dah mula reda sikit, penjaga dah takde yg dtg lagi... kitaorg pun apa lagi... upacara yg dinanti-nantikan seterusnya lah... AJK Pameran Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan
Pendaftaran dan Tayangan Multimedia - Nor Akmal & Nurulain
Jamuan dan Minuman - Noormala & Suhada
Folio Kerja Kursus dan Siaraya - Farhana & Hidayah
Alatan Tangan dan Kerja Menggegas - Sahaliza, Fatehah
& Shakina
Kawalan Elektrik 1 - Syahmi, Nazri & Ibrahim
Kawalan Elektrik 2 - Haziqah & Nabilla

Kawalan Hidraulik & Pneumatik - Isnie, Hairin & Firdaus
Model & Lukisan Bangunan - Aku, Maslinda & Mira
Kerja Ukur Aras - Zanna & Azeera
Kerja Ayakan Tanah - Shakira & Rafidah


*Jutaan terima kasih atas kesediaan dan persiapan yang dibuat oleh pelajar 5B ( SPM2009 ) demi memarbatkan lagi Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan di Daerah Kota Tinggi.... Tahniah!! Sijil Penghargaan dah dapat kan? Klu belum contact ckg...

No comments:

Post a Comment