AMALI BERGAMBAR



PROSEDUR KERJA UKUR ARAS

Tarikh : 13 Ogos 2012 / 24 Ramadhan 1433H (Isnin)
Masa : 0800 - 0900
Lokasi : Taman Waja Diri (Tapak Perkhemahan), SMK Seri Aman

Bergambar bersama alat ukur aras sebelum melaksanakan kerja amali ukur aras dan berperang dengan nyamuk.


Razmi sedang memasang dan memeriksa alat laras jongket pada kaki tiga sebelum turun ke tapak perkhemahan.



Kerja ukur aras dimulakan dengan menandakan jarak antara titik staf dengan memacakkan tiang penanda. Pita ukur digunakan untuk mendapatkan jarak yang sesuai.


Kerja-kerja menanda titik staf telah selesai. Pelajar sedang memastikan tiada halangan semasa memfokus alat laras jongket dan membaca staf ukur aras. 


Menetapkan kedudukan alat laras jongket dan kaki tiga pada bumi. Ladung yang digantung di bawah alat laras jongket digunakan untuk memusatkan alat laras pada titik stesen ukur.

Melaraskan tiub gelembung udara menggunakan mekanisme pengaras supaya alat laras jongket boleh diputar 360 darjah pada satah mendatar.



Kedudukan gelembung udara setelah dilaras dengan tepat. Kerja yang amat rumit tetapi sangat penting.


Syafiq sedang memfokus dan cuba mendapatkan bacaan staff dengan melaraskan skru pemfokus teropong.

Fatin dan Seri sedang melaraskan gelembung staf supaya staf ukur aras tegak dan dapat dibaca menggunakan teropong alat laras jongket.

Fitri sedang membaca ketinggian staf ukur aras dengan menggunakan alat laras jongket. Korang dah tinggi... patutnya kaki tiga tu korang laraskan tinggi sikit.

Nabilah sedang merekodkan bacaan staf dan maklumat yang diperolehi ke dalam buku kerja luar.

No comments:

Post a Comment