18.9.09

PERGINYA TAKKAN KEMBALI LAGI

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MOHD SYAHMI BIN SHAFIEE

Pada 15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430, lebih kurang jam 1500, Mohd Syahmi bin Shafiee telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan, 100m dari persimpangan Felda Bukit Aping Barat menghala ke Felda Bukit Aping Timur sewaktu beliau pulang dari sekolah. Ironinya, beliau baru pulang dari sekolah selepas menduduki peperiksaan percubaan SPM mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.
Beliau yang ketika itu memakai baju pengawas sekolah dan menunggang motorsikal, cedera parah pada bahagian badan akibat digilis oleh lori pasir yang bertembung dengan beliau semasa beliau cuba memotong sebuah bas sekolah yang menghala ke Felda Bukit Aping Timur.
Jenazahnya selamat dikebumikan keesokan harinya di Tanah Perkuburan Felda Bukit Aping Timur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Insya-Allah...
Gambar : Buku teks yang dibawa oleh arwah, aku pungut dan simpan untuk peringatan kepada yang lain. Semoga ianya boleh dijadikan ikhtibar dan pedoman. Secara peribadi, aku memang rapat dengan arwah. Banyak kenangan aku dengan dia semasa hayatnya. Dia pun selalu tolong cikgu-cikgu yang lain.
Tapi mungkin itulah suratan namanya. Arwah meninggal semasa pulang dari sekolah dan sedang berpuasa dalam bulan Ramadhan. Rezeki masing-masing... Allah yang tentukan.

2 comments:

  1. asl, cikgu..blh tukar soalan trial TK jhr dgn saya tak? blh cg emel ke wan7998@gmail.com
    soalan trial kedah/sbp/perak ada dlm blog saya..tq

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat Mohd Syahmi bin Shafiee. Terkejut juga bila Zamani beritau! Moga ruhnya ditempatkan dikalangan orang yg dirahmati Allah!

    - Ckg Shafie Trg

    ReplyDelete